Pengampunan Najib bukan kuasa kerajaan, UMNO - Ismail Sabri

Ismail Sabri berkata, isu pengampunan seseorang yang telah disabitkan di mahkamah adalah terserah kepada semakan kehakiman dan Lembaga Pengampunan. 


KUALA LUMPUR—Kerajaan dan UMNO konsisten untuk tidak mencampuri urusan mahkamah melibatkan mana-mana individu di negara ini termasuk isu berkaitan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibangkitkan pihak tertentu.


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata isu pengampunan seseorang yang telah disabitkan di mahkamah adalah terserah kepada semakan kehakiman dan Lembaga Pengampunan. 


"Isu pengampunan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak), kuasa bukan kerajaan, bukan di tangan UMNO, kita hormati apa sahaja keputusan mahkamah, ia terpulang kepada semakan kehakiman dan lembaga pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Angkasapuri Kota Media di sini hari ini. 


Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika ditanya berkenaan kenyataan seorang penganalisis politik yang tular di Twitter, mendakwa Najib akan mendapat pengampunan penuh jika Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 


-- BERNAMA 

Next Post Previous Post