Notification

×

Iklan

Iklan

Pemimpin MCA sedia jalani saringan integriti- Wee

| Oktober 15, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-10-14T23:47:11Z
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR-- Seluruh kepimpinan MCA sedia menjalani proses saringan integriti dan mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat gejala rasuah atau salah laku, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.


Wee dalam kenyataan hari ini berkata pelbagai pihak khususnya pembangkang telah membuat kesimpulan bahawa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu disiasat terlebih dahulu kerana rasuah, sebagai reaksi terhadap ucapan perasmian Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung MIC, Isnin lepas.


“Sebagai seorang yang waras dan mendengar sepenuhnya ucapan Zahid, yang menamakan beberapa pemimpin BN termasuk saya sendiri, jelas dibuat secara berseloroh.


“Apa yang lebih penting, beliau menekankan tentang penganiayaan politik yang bakal menanti pemimpin BN sekiranya BN tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya.


Beliau berkata ucapan Ahmad Zahid tidak bermaksud pemimpin BN terlibat dalam kegiatan rasuah dan menyatakan tiada pemimpin MCA didakwa atas kesalahan tersebut selepas kekalahan BN pada PRU14.


Justeru, beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat tuduhan tanpa sebarang bukti terutama bagi kepentingan politik. 


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update