Pemandu e-hailing didakwa bunuh kanak-kanak lelaki empat tahun

Seorang pemandu e-hailing didakwa di Mahkamah Majistret, Pemandu e-hailing didakwa bunuh kanak-kanak lelaki empat tahun
Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun, Oktober lepas. Gambar kredit Sinar Harian

JOHOR BAHRU—Seorang pemandu e-hailing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, awal Oktober lepas.


Chan Wan Jie , 28,  mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Dia didakwa menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki itu di sebuah rumah di Taman Skudai Ria, Skudai di sini antara pukul 8 hingga 8.30 malam 2 Okt lepas.


Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim manakala tertuduh diwakili peguam K. Veeranesh Babu.


Majistret R.Salini menetapkan 17 Nov sebutan semula kes.


Sementara itu di mahkamah sama, seorang pembantu rumah warga Indonesia yang turut ditahan dalam kes tersebut dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.


Yuliana, 40, didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama jam 10.15 pagi 3 Okt lepas.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.