Paip penyambung meletup dan terbakar di Rapid Pengerang

Paip penyambung di Kompleks Bersepadu Pegerang (PIC) terbakar, Paip penyambung meletup dan terbakar di Rapid Pengerang


JOHOR BAHRU—Kebakaran dan letupan berlaku di salah satu paip penyambung di Kompleks Bersepadu Pegerang (PIC), dekat Kota Tinggi, pada jam 3.40 petang tadi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya lebih sejam kemudian.


PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd (PRPC), dalam kenyataan, memaklumkan kebakaran itu berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya oleh Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) pada jam 4.50 petang tadi, lapor BERNAMA.



“Semua pihak berkuasa sudah dimaklumkan dan tiada kecederaan dilaporkan dan insiden berkenaan tidak memberi kesan atau ancaman kepada komuniti sekitar,” menurut PRPC.


Beberapa klip video insiden kebakaran itu tular di media sosial Facebook sejak beberapa jam lalu.




LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.