MetMalaysia keluarkan nasihat Taufan Nesat
![]() |
Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR-- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan nasihat mengenai Taufan Nesat yang kini berada kira-kira 1,328 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.
Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan taufan itu berada di kedudukan 380 km ke timur Hainan, China.
Menurut jabatan itu berdasarkan pemerhatian pada 8 pagi ini, taufan itu bergerak ke barat barat daya dengan kelajuan 15 km/jam dan boleh mencapai kelajuan maksimum 139km/jam.
“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.