McPhee juara Moto3 GP Malaysia
![]() |
McPhee merekodkan 38 minit 04.589 saat dalam saingan Moto3 Kejuaraan Dunia Motosikal Grand Prix (GP) Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. Gambar kredit MotoGP |
SEPANG— Pelumba Sterilgarda Husqvarna Max John McPhee meraih kemenangan sulungnya dalam saingan Moto3 Kejuaraan Dunia Motosikal Grand Prix (GP) Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.
Pelumba British berusia 28 tahun itu merekodkan 38 minit 04.589 saat (s).
Rakan sepasukan Ayumu Sasaki dari Jepun muncul di tempat kedua dengan 38:04.637s manakala pelumba Sepanyol, Sergio Garcia dari Gaviota GASGAS Aspar Team ketiga dengan 38:04.735s.
Juara baharu kelas Moto3 dari Sepanyol Izan Guevara dari Gaviota GASGAS Aspar Team menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 selepas merekodkan 38:13.737s.
Pelumba wildcard negara Syarifuddin Azman atau dikenali Damok yang bermula dari barisan ketujuh menduduki tempat ke-16, menepati sasaran berada dalam kelompok ke-19 walaupun tidak meraih sebarang mata.
-- BERNAMA
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.