2 jururawat hospital maut dalam kejadian tembakan di Texas

Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua petugas Pusat Perubatan Methodist Dallas di Texas, 2 jururawat hospital maut dalam kejadian tembakan
Suspek menembak mati dua jururawat wad bersalin. Gambar kredit media sosial

WASHINGTON— Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua petugas Pusat Perubatan Methodist Dallas dalam satu kejadian di Texas, lapor Sputnik. 


Menurut NBC News yang memetik pegawai hospital, kejadian berlaku kira-kira 11 pagi waktu tempatan pada Sabtu (16:00 GMT).


Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Penguatkuasaan Undang-undang Texas (CLEAT) Charley Wilkison berkata di media sosial suspek menembak mati dua jururawat wad bersalin.


"Insiden Kritikal @CLEAT ke-111, OIS (tembakan melibatkan pegawai) Hospital Dallas Methodist. Suspek menembak dua jururawat wad bersalin," kata Wilkison.


Seorang pegawai polis hospital itu berjaya menembak suspek. 


"Suspek telah ditahan, berada dalam keadaan stabil dan dibawa ke hospital tempatan yang lain," lapor NBC memetik pegawai hospital Methodist pada Sabtu.


Motif kejadian belum dapat dipastikan.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.