Mayat lelaki Indonesia dibaham buaya ditemukan tidak sempurna

Seorang lelaki Indonesia dibaham buaya ketika memancing di sungai Merapok, Mayat lelaki Indonesia dibaham buaya ditemukan

LAWAS- Mayat seorang lelaki warganegara Indonesia yang dibaham buaya ketika memancing di sungai Merapok, ladang sawit di sini semalam, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna hari ini.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat Juma Misi, 30, dijumpai tiga kilometer dari lokasi mangsa diserang pada jam 1.17 tengah hari.



"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk proses dan tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, operasi mencari dan menyelamat(SAR) menggunakan bot penyelamat hari ini dijalankan mulai jam 7 pagi disektor satu hingga Lima dalam radius satu kilometer.



"Pasukan penyelamat turut menggunakan Drone DJI Mavic II dalam operasi pencarian, dengan penemuan mayat mangsa operasi SAR ditamatkan pada jam 1.30 tengah hari.


Operasi SAR dilakukan pihak Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas dengan kekuatan seramai 13 anggota bersama pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam(APM), penduduk kampung dan pekerja ladang.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.