Maut terkena renjatan elektrik

Seorang lelaki pekerja tapak pembinaan ditemukan maut terkena renjatan elektrik, Lelaki maut terkena renjatan elektrik

SIBU-- Seorang lelaki pekerja tapak pembinaan  ditemukan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di tapak pembinaan rumah di Bukit Penyau di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner  Zulkipli Suhaili berkata, dalam kejadian jam 10.20 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun dijumpai dalam keadaan terbaring oleh seorang penyelia tapak pembinaan berkenaan.


Menurutnya, pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan terjumpa mayat lelaki dalam keadaan terbaring di tapak pembinaan itu.


"Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah telah pergi ke tempat kejadian dan menemui seorang lelaki pekerja tapak pembinaan warga tempatan terbaring dalam tapak pembinaan itu.


"Turut ditemukan berhampiran mayat ialah wayar elektrik yang bersambung dengan generator," katanya dalam kenyataan hari ini. 


Beliau berkata, mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik semasa membuat penyambungan dengan soket gerudi.


"Siasatan tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.


"Mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat hospital Sibu untuk siasatan lanjut," katanya.


Zulkipli berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut(SDR).

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.