Mangsa banjir Long Bemang dibantu

Usaha menghantar makan kepada mangsa banjir di Kampung Long Bemang, Mangsa banjir Long Bemang dibantu

Gambar kredit PBS Long Bemang


MIRI -- Usaha menghantar makan kepada mangsa banjir di Kampung Long Bemang terus dilakukan hari ini.


Seramai 22 anggota Pasukan Bomba Sukarela Long Bemang menghantar sebanyak 120 bakul makanan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada penduduk Kampung Long Bemang setelah kediaman mereka dinaiki air sejak Ahad.


Gambar kredit PBS Long Bemang


Sebanyak tujuh perahu telah digunakan.


Paras air hari ini ada sedikit penurunan  iaitu 4.5 kaki berbanding semalam pada 4.9 kaki.


Gambar kredit PBS Long Bemang


Kampung Long Bemang mempunyai 530 penduduk.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.