Lelaki maut ketika daki Gunung Pulai

Pengsan ketika mendaki secara berkumpulan di Gunung Pulai Kulai, Lelaki maut ketika daki Gunung Pulai
Mangsa dilaporkan rebah kira-kira 300 meter selepas memulakan pendakian sebelum disahkan meninggal dunia. Gambar kredit Bomba

JOHOR BAHRU—Seorang lelaki maut selepas dilaporkan pengsan ketika mendaki secara berkumpulan di Gunung Pulai, Kulai, pagi ini.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kulai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairil Buang berkata tujuh anggota bersama jentera dan ambulans digegaskan ke lokasi selepas Pusat Gerakan Operasi negeri menerima panggilan kecemasan pada 9.49 pagi.


Beliau berkata mangsa, Tee Kok Soon, 55, dilaporkan pengsan kira-kira 300 meter selepas memulakan pendakian, lapor Bernama.


"Pasukan Keluaran Operasi bertindak menuju ke lokasi Tee pengsan dengan menaiki kenderaan orang awam dan seterusnya membawanya ke kaki gunung. 


"Pihak Kementerian Kesihatan kemudian membuat pemeriksaan lanjut sebelum mengesahkan Tee meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini. 


Mohd Khairil berkata mayat Tee diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi berkenaan tamat kira-kira 12.15 tengah hari. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.