Kru kapal hilang terjatuh di Muara Sungai Kuala Baram

Seorang kru kapal tongkang yang dilaporkan terjatuh pada malam Rabu di perairan Kuala Baram, Kru kapal hilang terjatuh di Muara Sungai Kuala Baram
Gambar bomba Miri

MIRI-- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diatur gerak pasukan Bomba Zon 6 Miri untuk mencari seorang kru kapal tongkang yang dilaporkan terjatuh pada malam Rabu di perairan Kuala Baram.


Mangsa, Zainorin Brahim, 35, dikatakan terjatuh kira-kira jam 9 malam.


Susulan kejadian, satu laporan polis telah dibuat pagi tadi oleh jurugan kapal tongkang tersebut.


Gambar bomba Miri


Sementara itu pemangku Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri, Ahmad Nizam Sapaiee, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian sekitar jam 12.05 tengahari pada Khamis dan seramai tiga anggota dari  Balai Bomba Lopeng telah digerakan ke muara Sungai Kuala Baram Miri.


"Menurut pemandu tongkang, ketika kejadian kapal tongkang tersebut bergerak dari Bintulu menuju ke Miri membawa muatan kayu , namun telah dipukul ombak ketika melalui muara sungai kuala Baram," Ahmad Nizam berkata.


Gambar bomba Miri


Katanya, pemandu kapal tunda, yang menarik tongkang tersebut menyuruh mangsa dan rakan mangsa untuk pergi ke bahagian hadapan tongkang kerana ombak terlalu besar.


"ketika mangsa dan rakan mangsa pergi ke hadapan kapal,mangsa dikatakan berpatah balik ke bahagian belakang tongkang dan disyaki jatuh ketika berada di belakang tongkang tersebut," katanya.


Lokasi terakhir mangsa mengikut 'last marking' juragan bot adalah pada 3.2 Batu nautika, jelas Ahmad Nizam.


SAR sedang giat dijalankan di lokasi, namun sehingga kini, status mangsa masih belum ditemui.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.