Notification

×

Iklan

Iklan

Ketua judi haram Sumatera Utara ditahan di Malaysia

| Oktober 15, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-10-15T09:43:24Z
Apin (berbaju warna oren) sempat melarikan diri ke Singapura sebelum memasuki Malaysia. Gambar kredit Detik.com

JAKARTA-- Apin BK, pelarian warga Indonesia yang didakwa menjalankan operasi perjudian haram dalam talian di negara itu ditahan di Malaysia dan dibawa pulang ke Jakarta pada Jumaat.


Ketua Polis Nasional Indonesia Jen Listyo Sigit Prabowo berkata dia ditahan hasil kerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia. 


“Penangkapan ini menandakan komitmen kami dalam membanteras perjudian haram dalam talian di negara ini,” kata Listyo Sigit pada sidang akhbar.


Polis Indonesia membawa balik Apin BK menaiki penerbangan komersial malam tadi dan dia dibawa terus ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut.


Pada 9 Ogos, Apin BK melarikan diri ke Singapura ketika polis Sumatera Utara menyerbu premis perjudian itu di Kompleks Cemara Asri di Deli, Serdang.


Beberapa anggota kemudiannya ditugaskan di beberapa negara untuk menjejaki Apin BK yang melarikan diri ke Singapura sebelum memasuki Malaysia, kata Listyo Sigit.


Seramai 14 orang yang disyaki pengendali perjudian dalam talian untuk rangkaian Apin BK dilaporkan telah ditahan pada Khamis.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update