Notification

×

Iklan

Iklan

Kereta Nissan Almera terbalik, seorang mangsa sesak nafas dikejarkan ke hospital

| Oktober 10, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-10-10T12:36:58Z

BINTANGOR--Seorang mangsa dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kelupu di sini, petang ini.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.36 petang  dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bintangor ke lokasi kejadian. 



"Kemalangan melibatkan  kenderaan Proton Satria Neo dan Nissan Almera yang terbalik dalam kejadian itu.


"Setibanya di lokasi kejadian kesemua mangsa telah keluar dari kenderaan dengan bantuan dari orang awam," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, kereta Proton Satria Neo dinaiki dua mangsa manakala kereta Nissan Almera dinaiki Lima mangsa.


"Seterusnya pihak Bomba membuat kerja-kerja pembersihan  sisa-sisa kemalangan di permukaan jalan raya dengan menggunakan satu saluran bantu mula air dari jentera. 


"Setelah memastikan keadaan di lokasi dalam keadaan selamat pasukan Bomba berangkat balik ke balai, operasi ditamatkan pada jam 3.49 petang.

×
Berita Terbaru Update