Notification

×

Iklan

Iklan

Kelantan FC tampilkan 'ramuan sendiri' berdepan Sarawak United

| Oktober 30, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-10-30T11:52:48Z
Pemain diminta bermain secara bermati-matian malam esok walaupun kita menang minggu lepas- Rezal Zambery Yahya. Gambar FB

KOTA BHARU—Kelantan FC bakal menampilkan 'ramuan tersendiri' ketika menentang Sarawak United pada aksi timbal balik saingan Piala Malaysia 2022 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam esok.


Ketua Jurulatih Kelantan FC Rezal Zambery Yahya berkata beliau akan menerapkan corak permainan yang lebih agresif ketika menyerang untuk menewaskan pasukan pelawat dan menurunkan pemain yang cergas sepenuhnya.


"Penilaian terhadap pemain akan dilakukan dengan sebaik mungkin sepanjang sesi latihan selain mengenal pasti kesilapan dan kelemahan pada perlawanan sebelum ini.


"Pemain diminta bermain secara bermati-matian malam esok walaupun kita menang minggu lepas tetapi kita perlu pamerkan aksi terbaik untuk melangkah ke peringkat suku akhir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Mengulas lanjut, Rezal Zambery berkata sudah tentu beliau mahu kemenangan dan mengharapkan penyokong akan membanjiri stadium untuk memberi semangat kepada pasukan 'The Red Warriors' kerana bermain di laman sendiri.


Pada aksi saingan Piala Malaysia 2022 di Stadium Kuching 26 Okt lepas, Kenta Hara muncul wira Kelantan FC apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82 menewaskan Sarawak FC 1-0.

×
Berita Terbaru Update