Jambatan gantung di Kampung Bulau ditenggelami air


BATU NIAH--Jambatan gantung yang menghubungi laluan penduduk  di Kampung Bulau di sini, ditenggelami air, pagi ini.


Sepanjang pemantauan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah di lokasi setakat jam 9.30 pagi ini mendapati keadaan di jalan masuk ke kampung telah dilimpahi air anggaran kedalaman lebih kurang dua kaki hingga empat kaki.



Komander Operasi, PBK II KUP Azizul Rahim Saadi berkata, ia menyebabkan kawasan itu tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan. 


"Trend air menunjukkan penurunan berikutan cuaca cerah," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, pihak Bomba menasihati supaya penduduk berpindah dan sentiasa peka pada keadaan semasa serta mengutamakan keselamatan. 


"Setakat ini sebuah keluarga terdiri daripada tujuh penghuni telah dipindahkan ke rumah saudara berdekatan," ujarnya.




Next Post Previous Post