Jalan raya kawasan Merit runtuh, penduduk Kapit terputus hubungan

Jalan raya yang menghubungkan kawasan Merit dengan bandar Kapit runtuh akibat hakisan semalam, Jalan raya kawasan Merit runtuh

KAPIT-- Penduduk di kawasan Kapit terputus hubungan selepas jalan raya yang menghubungkan kawasan Merit dengan bandar Kapit runtuh akibat hakisan semalam.


Timbalan Residen Bahagian Kapit, Galong Luang berkata, pembinaan jalan Jiwa Murni Baleh-Merit itu dikendalikan pihak Angkatan Tentera Malaysia(ATM).



"Kita telah menulis surat kepada pihak ATM untuk baikpulih segera jalan berkenaan.


"Jalan Jiwa Mumi Baleh-Merit merupakan jalan darat utama menghubungkan kawasan Merit dengan bandar Kapit," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, jalan yang runtuh itu menyebabkan penduduk kawasan Merit terputus jalan dan tidak dapat untuk ke bandar Kapit bagi tujuan mendapatkan keperluan harian seperti makanan, kesihatan dan pentadbiran.


"Kita juga mencadangkan untuk membuat jalan sementara di kawasan jalan runtuh agar penduduk kawasan Merit dapat ke Bandar Kapit," ujarnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.