DAP kekal dua penyandang, tampil seorang muka baharu di wilayah tengah Sarawak

DAP Sarawak kekalkan dua penyandang dan pertaruhkan seorang muka baharu, DAP kekal dua penyandang tampil seorang muka baharu di wilayah tengah Sarawak
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen

SIBU—DAP Sarawak mengekalkan dua penyandang dan mempertaruhkan seorang muka baharu untuk bertanding di tiga kerusi di wilayah tengah Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Dua penyandang itu ialah Alice Lau Kiong Yieng akan mempertahankan kerusi Parlimen Lanang dan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) yang dimenangi mereka pada PRU14.


Setiausaha Publisiti DAP Bintulu Tony Chiew pula diketengahkan bagi bertanding di kerusi Parlimen Bintulu.


Pengumuman calon-calon itu dibuat Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen pada majlis makan malam DAP Sibu di sini malam ini, yang turut dihadiri pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.


Semalam, Chong mengumumkan DAP Sarawak akan bertanding di lapan kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU15 iaitu Mas Gading, Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Sibu, Lanang dan Bintulu.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov ini sebagai tarikh pengundian bagi PRU15 dan penamaan calon pada 5 Nov manakala pengundian awal 15 Nov.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.