Notification

×

Iklan

Iklan

Berita baik kepada golongan M40, kadar cukai individu dikurangkan dua mata

| Oktober 07, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-10-07T09:32:43Z
Pengurangan cukai individu ini memberi manfaat kepada hampir sejuta pembayar cukai dari golongan M40. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR—Hampir satu juta pembayar cukai individu pemastautin bakal menikmati pengurangan cukai dalam usaha kerajaan menambah pendapatan boleh guna yang boleh dimanfaatkan oleh golongan M40, demikian diumumkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.


Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara lebih RM50,000 dan RM100,000, katanya ketika membentangkan Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama' di Dewan Rakyat, hari ini.


Tengku Zafrul berkata banjaran pendapatan bercukai lebih RM50,000 hingga RM70,000, kadarnya diturunkan daripada 13 peratus kepada 11 peratus dan banjaran pendapatan bercukai lebih RM70,000 hingga RM100,000, kadarnya diturunkan daripada 21 peratus kepada 19 peratus.


Pada masa sama, katanya banjaran pendapatan bercukai lebih RM250,000 hingga RM400,000 akan digabungkan dengan banjaran lebih RM400,000 hingga RM600,000 dan kadar cukai dikenakan sebanyak 25 peratus.


"Dengan layanan khas cukai pendapatan ini, penjimatan cukai kumpulan pertengahan adalah sehingga RM1,000 dan untuk kumpulan teratas adalah sehingga RM250.


"Ini bermakna, dianggarkan RM800 juta tersedia sebagai lebihan pendapatan yang boleh dibelanjakan oleh rakyat," katanya.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update