3 termasuk pegawai KKM pengsan terhidu gas bocor di restoran

Pekerja restoran dan seorang pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) pengsan terhidu gas yang bocor, Gas bocor di dalam sebuah restoran makanan segera
Pasukan Hazmat membuat pemeriksaan di lokasi kejadian. Gambar kredit Bomba Selangor

KUALA LUMPUR-- Dua pekerja restoran dan seorang pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas yang bocor di dalam sebuah restoran makanan segera di Jalan Pandan di sini hari ini.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pandan serta Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba Shah Alam dan Tun Razak digegaskan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan pada 9.55 pagi.


Beliau berkata pegawai KKM berkenaan pengsan selepas masuk ke dalam restoran tersebut bagi membantu dua pekerja wanita yang turut pengsan.


“Ketiga-tiga mereka dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan manakala restoran itu ditutup sementara siasatan dijalankan,” katanya dalam kenyataan.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.