3 kereta mewah dianggar bernilai RM940,000 dicuri dari bengkel

3 kereta mewah dicuri di Kuala Lumpur, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor


KUALA LUMPUR— Tiga kenderaan mewah dianggarkan bernilai kira-kira RM940,000 dilarikan daripada sebuah bengkel di Jalan Damansara, Kampung Bukit Lanjan, di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata kejadian itu dilaporkan oleh seorang pengadu selepas mendapati terdapat kesan pecah pada mangga kunci (ibu kunci) di pintu masuk dan beberapa kereta didapati hilang kira-kira pukul 10.39 pagi semalam, lapor Bernama.


Beliau berkata suspek dipercayai masuk ke dalam bengkel dengan memecahkan mangga pintu utama, sebelum melarikan sebuah Nissan Skyline GTR Prestige, sebuah Mercedes Bens E200K, dan sebuah Toyota Land Cruiser.


"Semua kenderaan itu adalah milik pelanggan yang telah siap dibaiki dan belum dituntut oleh pelanggan bengkel. Siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui berapa ramai suspek yang terlibat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan/395A Kanun Keseksaan.


"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Hotline Polis Brickfields dengan menelefon 03- 2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau hubungi mana-mana balai polis berdekatan," katanya.


LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.