1,429 calon mohon bertanding pada pilihan raya di Tunisia

Presiden Tunisia Kais Saied meminda undang-undang pilihan raya supaya pengundi memilih individu dan bukannya parti. Gambar Twitter @Tunisian Presidency

TUNIS — Sejumlah 1,429 calon memohon untuk bertanding pada pilihan raya parlimen Tunisia yang dijadualkan pada 17 Dis, menurut suruhanjaya pilihan raya negara itu.


Bernama melaporkan ketua Pihak Berkuasa Tinggi Bebas untuk Pilihan Raya dalam temu bual televisyen Faroukh Bouasker berkata tarikh akhir untuk menerima permohonan ialah pada Khamis.


Beliau berkata wanita menyumbang 15 peratus daripada jumlah calon itu. 


Senarai akhir calon akan diumumkan pada 2 Nov selepas proses tapisan selesai. 


September lepas, Presiden Tunisia Kais Saied meminda undang-undang pilihan raya supaya pengundi memilih individu dan bukannya parti.


Selain itu, kerusi parlimen dikurangkan kepada 161 berbanding 217 dengan 10 kerusi mewakili ekspatriat Tunisia.


Langkah yang diambil oleh Saied ditolak sekeras-kerasnya kebanyakan parti Tunisia.

Next Post Previous Post