1,300 penduduk Long Busan kini nikmati bekalan elektrik dan air 24 jam

133 isi rumah di Kampung Uma Badeng menikmati kemudahan bekalan elektrik dan air 24 jam, Bekalan elektrik di Kampung Uma Badeng
Gambar Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi

KAPIT-- Seramai 1,300 penduduk melibatkan 133 isi rumah di Kampung Uma Badeng, Long Busang kini menikmati kemudahan bekalan elektrik dan air 24 jam melalui kedua-dua projek berkenaan, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi. 


Jelasnya, ia menerusi pelaksanaan Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) dan Program Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) yang terbukti keberkesanannya untuk meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman negeri ini.


Gambar Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi


"Walaupun Long Busang terletak jauh di pedalaman iaitu kira-kira enam jam dari bandar Kapit, pembekalan elektrik 24 jam dapat disalurkan dengan kaedah elektrik ‘grid-off’ di bawah projek SARES melibatkan kos pembinaan kira-kira RM7 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak.


Gambar Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi


"SARES adalah satu projek bersifat komuniti kerana ia akan diserah sepenuhnya kepada penduduk setempat untuk penyelenggaraan bukan teknikal tetapi pada masa yang sama Sarawak Energy Berhad (SEB) akan terus melakukan pemantauan teknikal secara berkala.


Gambar Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi


"Dengan adanya SARES, penduduk di sini dapat menjimatkan belanja kerana tidak perlu lagi mengeluarkan kos banyak untuk membeli diesel generator untuk menjana elektrik dan satu lagi berita baik adalah skim ini tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada penduduk,’’ katanya lagi semasa merasmikan penyerahan hak milik jana kuasa SARES dan SAWAS di Kampung Uma Badeng, Long Busang baru-baru ini. 


Gambar Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi


Dalam pada itu, Julaihi juga memberitahu Kerajaan Sarawak berhasrat untuk memastikan liputan penuh bekalan air menjelang tahun 2030.


Gambar Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi


"Bagi kawasan Long Busang, sebanyak RM3.46 juta diperuntukkan untuk membina projek SAWAS yang mana ia melibatkan sistem rawatan air, tangki takungan air dan saluran paip ke setiap isi rumah di kampung ini yang telah siap pada September lalu,’’ jelasnya.


Gambar Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi


Menyentuh masalah telekomunikasi di kawasan tersebut, Julaihi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meluluskan pembinaan satu menara telekomunikasi yang sedang dalam perancangan untuk mencari tapak bersesuaian bagi mendirikan menara itu.


Gambar Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi


Beliau juga memuji kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh penduduk Long Busang di dalam memudahkan perlaksanaan projek pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Sarawak.

 

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi) Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utili) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Residen Bahagian Kapit, Nyurak Keti, Pegawai Daerah Bukit Mabong, Robert Liman Deli dan pegawai-pegawai kanan MUT. 


Gambar Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi


LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.