Warga emas cedera ringan kemalangan


SARATOK--Seorang warga emas lelaki berusia 82 tahun cedera ringan selepas Perodua Kembara dipandu kemalangan dengan Mitsubishi Triton di Jalan Saratok-Sarikei di sini, pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.59 pagi  dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Saratok ke lokasi kejadian.



"Kesemua penumpang serta pmandu  kedua-dua buah kenderaan telah keluar sendiri sebelum pasukan Bomba tiba di lokasi.


"Pemandu serta tiga penumpang Mitsubishi Triton berusia 20 hingga 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya,mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. 


"Setelah membuat pemeriksaan dan memastikan tiada kemerbahayaan lain,  operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.28 tengah hari," ujarnya.

Next Post Previous Post