-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Trak tentera kemalangan: 15 anggota dihantar ke klinik

| September 13, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-13T08:18:55Z

KAPIT-- Seramai 15 anggota tentera dari pasukan Batalion Ke 510 Askar Wataniah, Kem RASCOM yang terlibat dalam kemalangan ketika menuruni selokoh bukit di Jalan Song menuju ke Kapit disahkan selamat dan tidak mengalami kecederaan yang serius.


Sementara, seorang orang awam yang turut terlibat dalam kemalangan itu, berusia 32 tahun tidak mengalami kecederaan.




Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam kenyataan hari ini berkata, kemalangan tersebut berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari melibatkan kenderaan yang membawa anggota Tentera dari pasukan Batalion Ke 510 Askar Wataniah, Kem RASCOM, Sibu untuk memasuki kawasan Operasi OP BAMBOO di sekitar Kapit.


"Trak Tentera yang sedang dalam konvoi telah melanggar bahagian belakang sebuah lagi Trak Tentera ketika menuruni selokoh bukit di Jalan Song menuju ke Kapit.



"Susulan itu menyebabkan trak tersebut hilang kawalan dan bergesel dengan sebuah kenderaan awam jenis van lalu terbalik," jelasnya. 


Tambahnya, kesemua 15 orang anggota Tentera yang menaiki kedua-dua buah trak tersebut telah dihantar ke Klinik Kesihatan Song bagi menjalani pemeriksaan lanjut. 



Dedahnya, pemerhatian awal mendapati tiada anggota Tentera yang mengalami kecederaan yang serius termasuk orang awam yang terlibat. 


Hari ini tular video di laman sosial berkaitan kemalangan yang melibatkan trak tentera berdurasi 11 saat.


×
Berita Terbaru Update