Polis nafi berlaku kes culik di SJK Chung Hua Batu 10


KUCHING-- Pihak polis menafikan kenyataan yang tular di media sosial berhubung seorang murid tahun satu, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Batu 10 di sini, hampir menjadi mangsa culik hari ini.


Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Padawan mengesan beberapa paparan yang dimuat turun dalam media sosial khususnya facebook berhubung kes itu.


"Kita menafikan perkara ini dan menyifatkannya tidak berasas kerana tiada sebarang laporan diterima berkenaan kejadian culik di Daerah Padawan.


"Malah, guru besar sekolah itu telah dihubungi dan menafikan beliau memberi maklumat berkenaan dengan kes yang dimaksudkan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Abang Zainal Abidin mengingatkan orang ramai dan pengamal media agar mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada pihak berwajib sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.


"Sebarang kenyataan yang disiarkan tanpa pengesahan serta bukti yang sahih boleh disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," tegasnya.

Next Post Previous Post