Pemandu treler maut kenderaan terbabas di Terowong Menora

Pemandu treler maut kenderaan terbabas di Terowong Menora

Treler yang dipandu mangsa terbabas di Terowong Menora awal pagi tadi. Gambar kredit Bomba


IPOH—Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan yang dipandunya itu terbabas ke bahu jalan di Kilometer 257 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora, awal pagi tadi.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata maklumat mengenai kejadian itu diterima pada kira-kira 5.40 pagi dan mangsa dikenal pasti sebagai Budi Abd Rahman, 52 tahun.


"Mangsa tercampak keluar dari lori yang membawa muatan sampah itu sebelum tersepit di pembahagi jalan dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katannya dalam satu kenyataan.


Menurutnya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan Meru Raya itu diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Shauki Che Darus.


Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 7.38 pagi.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.