Operasi kesan Lee dipecah kepada dua sektor utama hari ini

Op CARILAMAT Lee Chong Loong yang hilang ketika uji pandu jet ski, Seorang lelaki yang hilang ketika uji pandu jet ski di perairan pulau Talang-Talang

KUCHING-- Op CARILAMAT seorang lelaki Lee Chong Loong,46, yang hilang ketika melakukan uji pandu jet ski di perairan pulau Talang-Talang, Sematan, sejak Jumaat lalu yang memasuki hari kelima dipecahkan kepada dua sektor utama meliputi kawasan pencarian di kawasan penemuan jetski dan kawasan Sematan Lundu.


Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, keluasan sektor operasi yang dikoordinasikan Maritime Rescue Sub Center (MRSC), Maritim Malaysia merangkumi keluasan 94.14 batu nautika persegi dan jumlah keseluruhan pencarian adalah 776.09 batu nautika persegi.



"Kawasan pencarian di perairan Sematan Lundu dilakukan pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM).


 "Maritim Malaysia turut mengatur gerak bagi mengesan lokasi mangsa, selain Pasukan Polis Marin (PPM), Sarawak Coast Guard dan Unit Dron PDRM serta bantuan SRU," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya,cuaca dilaporkan baik dengan arah angin bertiup dari  barat daya dengan kelajuan angin 20-30 kilometer sejam serta ketinggian ombak  1.0 meter hingga 1.5 meter.


"Setakat ini tiada sebarang petunjuk baru ditemui oleh pasukan penyelamat dalam operasi pencarian hari ini," ujarnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.