Maut langgar tembok

Lelaki maut langgar tembok di Jalan Batu Lintang, Kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza melanggar tembok dalam kemalangan


KUCHING-- Seorang lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dipandu melanggar tembok dalam kemalangan kendiri berhampiran Lembaga Air Kuching, Jalan Batu Lintang di sini awal pagi tadi.


Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali Raymond Barron ak Luha.




Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.54 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Lintang dan BBP Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.


"Setibanya pasukan Bomba di lokasi kejadian didapati berlakunya kemalangan kendiri Perodua Alza melanggar tembok. 



"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM) di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, pasukan Bomba hanya bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan terbabit.


"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.