Lelaki ditemukan mati berhampiran pasaraya Sibujaya

Lelaki ditemukan mati berhampiran pasaraya Sibujaya

SIBU--Seorang lelaki berusia 30-an ditemukan mati berhampiran pasaraya  Sibujaya di sini, pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam melalui Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu berhubung kes itu jam 9.24 pagi.



"Mayat berkenaan ditemukan terbaring di kaki Lima di belakang bangunan berdekatan pasaraya Kim Hock.


"Siasatan di tempat kejadian telah menjumpai mayat seorang lelaki tempatan tanpa dokumen pengenalan diri, berumur lingkungan 30-an terbaring lengkap berpakaian," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, pemeriksaan yang dilakukan mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh mangsa.


"Tiada unsur jenayah dikesan berlaku di tempat kejadian, bedah siasat akan dilakukan untuk mengetahui punca kematian.


"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut(SDR)," katanya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.