Lelaki cedera di pinggang dan kaki jatuh longkang

Seorang lelaki terjatuh ke dalam longkang sedalam 12 kaki di Jalan Gersik, Lelaki cedera di pinggang dan kaki jatuh longkang

KUCHING--Nasib malang menimpa seorang lelaki selepas cedera di pinggang dan kaki akibat terjatuh ke dalam longkang sedalam 12 kaki di Jalan Gersik, Petra Jaya, di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian itu, mangsa dikenali Abdul Warit,29.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8 pagi  dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.



"Pasukan penyelamat berjaya menaikan mangsa keluar dari longkang tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, mangsa dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS Bomba untuk mendapat rawatan.




LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.