Notification

×

Iklan

Iklan

Lee masih gagal dikesan

| September 17, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-17T11:46:39Z

SEMATAN-- Operasi mencari menyelamat(SAR) hari ini masih gagal mengesan Lee Chong Loong, lelaki yang hilang ketika melakukan uji pandu jet ski di perairan pulau Talang-Talang di sini, semalam.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, setelah selesai perbincangan dengan agensi lain operasi SAR dimulakan jam 10 pagi tadi.



"Pasukan Bomba memulakan operasi pencarian menggunakan sebuah bot bersama lima anggota bermula di kawasan pesisir pulau Talang- Talang Kecil dan pulau Talang-Talang Besar.


"Ia meliputi keluasan lebih kurang 100 batu nautika persegi melibatkan pesisir pantai dari Telok Melano sehingga Santubong dan sehingga ke perairan sempadan Indonesia," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, sepanjang operasi dijalankan, pasukan SAR tidak menjumpai sebarang tanda dan penemuan mangsa.


"Operasi SAR ditangguhkan pada jam 5.15 petang dan akan disambungkan pada esok hari.


"Turut serta dalam operasi SAR itu ialah APMM Maritim, PDRM, APM,  Sarawak Coast Guard dan Unit Udara Polis," ujarnya.

×
Berita Terbaru Update