Kapal pasir karam di Beladin, pasukan SAR belum temukan sebarang petunjuk

Kapal pasir karam di Jambatan Beladin, Pasukan SAR belum temukan sebarang petunjuk

PUSA-- Masih belum ada petunjuk ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat(SAR) seorang anak kapal yang hilang dalam insiden kapal pasir karam di jambatan  Beladin di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian itu, mangsa yang masih hilang seorang lelaki  dikenali Nicholas ak Julius, belum dikenali pasti umur.



Empat anak kapal lain Nyamin Fajar,32 Abraham ak Gehinan,21, Untung Supriyatin,25, dan Linggang ak Kalamit,51, selamat dalam kejadian itu. 



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.30 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.



"Operasi SAR mula dijalankan ke lokasi kapal karam dalam radius dua kilometer dan tiada sebarang petunjuk dijumpai.


"Seterusnya dijalankan semula pencarian daripada di bawah jambatan Pusa ke kapal karam dan pencarian dilakukan secara perncarian dipermukaan air dalam radius lima kilometer," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, tiada sebarang petunjuk dijumpai sepanjang sungai Saribas menuju ke hulu dan hilir.


"Operasi SAR ditangguhkan pada jam 5.30 petang dan akan disambung esok hari.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.