Kereta Tersangkut Di Dinding Rumah
![]() |
Gambar BBP Kapit |
KAPIT: Seorang lelaki berusia 25 tahun nyaris maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dipandunya hilang kawalan lalu terjatuh ke bawah bukit sedalam 10 meter di Jalan Melekun pada jam 9.04 malam tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit dalam kenyataannya hari ini berkata, semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang melalui kawasan Jambatan Sungai Amang sebelum kereta yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dan tersangkut pada bahagian dinding bahagian belakang rumah milik seorang penduduk.
![]() |
Gambar BBP Kapit |
"Mangsa kemudiannya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa," jelas beliau.
![]() |
Gambar BBP Kapit |
Mujurlah katanya kemalangan yang berlaku tidak mengakibatkan kemalangan jiwa memandangka kereta yang dipandu mangsa terjatuh tepat pada bahagian dinding rumah milik seorang penduduk tempatan.
Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak semula balik ke balai pada jam 9.39 malam.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.