Dua hala Lebuhraya Pan Borneo di Sri Aman sudah dibuka
KUCHING-- Dua hala Lebuhraya Pan Borneo (LPB) bagi laluan Jalan Serian-Sri Aman dan Jalan Sri Aman-Serian kini dibuka.
Unit Lebuhraya Pan Borneo Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan dua hala laluan berkenaan di lokasi Kilometer (KM) 8 hingga KM14 Jalan Serian-Sri Aman dan KM14 hingga KM8 Jalan Sri Aman-Serian.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di kawasan ini ketika tempoh pembukaan sedang berlangsung.
Pada masa sama, pengguna juga diminta untuk mematuhi segala papan tanda pengurusan trafik untuk keselamatan dengan perhatian khusus apabila lorong jalan telah berubah menjadi dua hala.
"Pihak kontaktor akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan yang terlibat dengan pembukaan ini.
"Pengguna jalan raya dinasihati merancang perjalanan masing-masing," kata kenyataan itu.
Justeru, orang ramai yang mempunyai aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik boleh menghubungi Unit LPB JKR Sarawak Zon Selatan melalui talian 082-619125.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.