Dua bot pukat tunda dicekup menangkap ikan di tepi pantai

Gambar APMM Bintulu

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia  Bintulu berjaya menahan dua bot nelayan tempatan kerana menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan dalam buku lesen pada pagi Selasa.


Pengarah Zon Maritim Bintulu, Mohd Khairol Anuar Saad dalam kenyataannya hari ini berkata, kedua-dua bot nelayan tebabit ditahan pada jarak lima batu nautika dari Pantai Samalaju sekitar jam 6.30 pagi.


Gambar APMM Bintulu


"Bot nelayan terbabit ditahan semasa sedang leka menjalankan aktiviti menangkap ikan secara tundaan," ujarnya.


Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot berkenaan dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong yang mana kesemua mereka adalah warganegara Indonesia berusia dalam lingkungan umur 28 hingga 77 tahun dan didapati mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.


Gambar APMM Bintulu


Beliau berkata, tangkapan susulan aduan daripada komuniti nelayan setempat kerana terdapatnya segelintir bot nelayan tempatan yang menceroboh kawasan pesisir pantai dan merosakkan peralatan menangkap ikan bagi nelayan-nelayan kecil khususnya nelayan pesisir.


"Maritim Malaysia turut peralatan menangkap ikan jenis pukat tunda,150 kilogram ikan campur yang dipercayai baru ditangkap termasuk dua bot terbabit," ujarnya.


Kesemua kru beserta bot nelayan terbabit kemudiannya ditahan dan diiringi ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut.


Kedua-dua vesel akan disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat sah lesen kerana melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan yang mana boleh dikenakan kompaun daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

Next Post Previous Post