Terima suapan, pengarah fasiliti UA direman 7 hari

Seorang pengarah universiti awam (UA) direman tujuh hari atas dakwaan menerima suapan, Dakwa terima suapan, pengarah fasiliti UA direman 7 hari

MELAKA-- Seorang pengarah bahagian pengurusan fasiliti sebuah universiti awam (UA) di sini direman tujuh hari atas dakwaan menerima suapan.


Lelaki berusia 50an itu tiba dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga di Mahkamah Majistret di sini kira-kira 9 pagi.


Perintah reman bermula hari ini hingga Isnin depan dikeluarkan Majistret Mazana Sinin, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


Semalam, Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad dilaporkan berkata lelaki itu ditahan pada kira-kira 3 petang, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM.


Lelaki itu ditahan atas dakwaan menerima satu suapan harta alih iaitu sebuah kenderaan jenis Honda Accord 2.4 i-vtec yang dianggarkan bernilai RM174,500 daripada seorang pemilik syarikat kontraktor di Klang, Selangor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai RM1,654,350.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.