Anggota polis maut kemalangan

Anggota polis maut kemalangan di Pagoh, Kemalangan, Kemalangan di Kilometer 134.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Pagoh pagi semalam
Kereta mangsa remuk selepas terbabit kemalangan di Kilometer 134.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Pagoh. Gambar kredit Sinar Harian 

MUAR—Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar mengesahkan mangsa kemalangan maut di Kilometer 134.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Pagoh, pagi semalam adalah seorang anggota polis.


Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata anggota terbabit berusia 55 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.


Beliau berkata dalam kejadian pada 4.45 pagi itu, selain kereta jenis Proton Wira yang dipandu mangsa, kemalangan turut membabitkan lima kenderaan lain iaitu tiga lori, sebuah treler dan bas.


"Kemalangan dipercayai berlaku ketika sebuah lori yang menghala ke Johor Bahru terlanggar kereta yang tiba-tiba keluar dari susur rehat dan rawat (RNR) Pagoh arah Selatan.


"Anggota polis tersebut mengalami cedera parah dan telah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan semalam.


Katanya, kemalangan itu turut melibatkan empat kenderaan lain dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Raiz Mukhliz meminta orang ramai yang melihat kejadian itu hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.