41 suspek ditangkap, 35 kenderaan curi dirampas dalam Op Bersepadu Lejang

Polis melakukan tangkapan seramai 41 suspek lelaki, Polis merampas 35 kenderaan yang dicuri dalam Op Bersepadu Lejang Khas mulai 9 Ogos lalu

KUCHING--Polis berjaya melakukan tangkapan seramai 41 suspek lelaki, selain merampas 35 buah kenderaan yang dicuri dalam Op Bersepadu Lejang Khas mulai 9 Ogos lalu hingga semalam.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, Op Bersepadu Lejang Khas itu dilancarkan dengan penambahbaikan dua pasukan yang dikenali Counter Aggressive Team(CAT) menjadikan lima pasukan CAT membabitkan kekuatan seramai 15 pegawai dan 195 anggota.



Menurutnya, seramai 27,749 orang diperiksa termasuk 349 juvana serta 11 warga asing.


"Sebanyak 23,783 buah kenderaan pelbagai jenis  telah diperiksa.



"Setakat ini sejumlah 32 kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen  379A Kanun Keseksaan dan sebanyak 11 kertas siasatan telah berjaya dituduh di mahkamah," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menjelas lanjut, katanya, ia melibatkan 14 suspek iaitu enam kes mengikut Seskyen 411 Kanun Keseksaan dan lima kes Seksyen 379A Kanun Keseksaan.



"12 lagi kertas siasatan akan dituduh di mahkamah sebaik sahaja selesai siasatan.


"Operasi ini akan diteruskan Dan diperhebat bagi membanteras aktiviti kecurian kenderaan," katanya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.