20 tertimbus, lombong emas runtuh di Kalimantan Barat
![]() |
Gambar kredit Kompas.com |
JAKARTA— Seramai 20 pelombong tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di lombong emas di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, kata ketua operasi menyelamat pada Sabtu.
Kejadian berlaku di kampung Kinande daerah Bengkayang pada Khamis, namun anggota penyelamat hanya dimaklumkan mengenai insiden itu pada Jumaat, kata Eryk Subaryanto.
"Kami menerima maklumat pada Jumaat dan segera menghantar anggota kami ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi agensi berita Xinhua.
Beliau berkata operasi menyelamat mengalami kesukaran susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu, lokasi lombong yang jauh dan kekurangan kemudahan komunikasi.
Misi mencari dan menyelamat melibatkan tentera, kakitangan agensi pengurusan bencana dan mitigasi tempatan serta penduduk kampung, katanya.
-- BERNAMA
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.