12 suspek bergaduh di Miri ditangkap
12 orang lelaki tempatan di tangkap, 12 orang lelaki terlibat pergaduhan di sebuah Bistro Marina Bay, Berita Sarawak terkini
MIRI--Polis telah membuat tangkapan ke atas seramai 12 orang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan pergaduhan di sebuah Bistro Marina Bay di sini.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pergaduhan yang berlaku jam 2.30 pagi Ahad lalu itu telah tular di media sosial.
"Kesemua suspek yang ditangkap berusia antara 19 hingga 33 tahun.
"Sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Miri yang kebetulan membuat rondaan di sekitar kawasan tersebut telah melihat berlaku kekecohan di dalam sebuah Bistro dan pasukan rondaan tersebut telah bertindak pantas dalam meleraikan pergaduhan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kesemua suspek yang terlibat telah ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu Memiliki Senjata Dalam Rusuhan.
"Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali," tegasnya.
Alexson menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes itu kerana ia akan mengganggu siasatan.
"Individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan insiden ini diminta untuk tampil ke balai polis yang berdekatan untuk menyalurkan maklumat," ujarnya.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.