UPB JPJ periksa 70 motosikal di Kuching dan Samarahan

UPB, JPJ, 70 motosikal di Kuching, Samarahan, Sarawak Update


KUCHING-- Sebanyak 70 buah motosikal pelbagai jenis telah diperiksa di sekitar Kuching dan Samarahan hari ini. 


Ketua Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching Azizul Anuar berkata, pemeriksaan secara menyeluruh berkaitan dengan kesalahan teknikal telah dibuat kepada semua motosikal yang diperiksa sepanjang operasi berkenaan termasuk pemeriksaan lesen memandu dan lesen kenderaan motor.



"Unit Penguatkuasaan Bermotosikal JPJ Kuching telah mengadakan pemantauan ke atas penunggang motosikal di sekitar Pusat Bandaraya Kuching dan sekitar Samarahan pagi tadi.



"Dalam Operasi tersebut, lebih kurang 70 buah motosikal pelbagai jenis telah diperiksa oleh anggota UPB JPJ Kuching," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi JPJ Sarawak hari ini. 



Jelasnya, operasi melibatkan motosikal ini akan diteruskan bagi memastikan semua pemilik motosikal patuh dengan peraturan yang telah ditetapkan. 


"Harapan kita agar pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan serta mengamalkan pemanduan yang berhemat bagi memastikan semua pengguna selamat semasa di atas jalan raya," ujarnya. 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.