Ular sawa kekenyangan telan ikan ternakan ditangkap

Ular sawa kekenyangan, Ular telan ikan, Ular ditangkap, Sarawak Update, Berita Sarawak terbaru
Kredit APM Miri

MIRI--Seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun di Jalan Bakam Strawbery di sini tengah hari tadi dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik dewasa yang dalam keadaan kekenyangan "duduk bersantai' di dalam kolam ikan miliknya.


Dipercayai ular tersebut telah menelan beberapa ekor ikan ternakan miliknya di dalam kolam tersebut.


Kredit APM Miri


Penemuan sekitar 12.54 tengahari tadi ketika pengadu dan isterinya hendak memberi makan ikan.


Bimbang keselamatan, pengadu terus menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri.


Ular sepanjang tiga meter itu berjaya ditangkap APM kurang daripada dua minit menggunakan peralatan khas.


Menurut Pegawai APM Miri Kapten (PA) Usman Harto, reptilia itu telag dilepaskan ke habitat asalnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.