Tiga sekeluarga rentung terbakar di Sandakan
![]() |
Kebakaran sebuah rumah jenis kekal di Taman Rajawali, Sandakan disini kira-kira 10.30 malam tadi. Gambar kredit Bomba Sandakan |
SANDAKAN— Seorang warga emas dan sepasang suami isteri ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah jenis kekal di Taman Rajawali di sini kira-kira 10.30 malam tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini hari ini, mayat wanita berumur 90-an itu ditemukan bersama anak lelaki dan menantu perempuan selepas api berjaya dikawal 11 malam.
Kenyataan itu memberitahu umur suami isteri berkenaan serta identiti ketiga-tiga mangsa masih dalam siasatan.
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.35 malam.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal telah terbakar 90 peratus," menurut kenyataan itu.
Operasi tamat sepenuhnya pukul 1.21 pagi tadi dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.