Tiga kampung Seberang Hilir berpindah ke Darul Hana Ogos ini

Tiga kampung Seberang, Kampung Seberang Hilir, Darul Hana, Sarawak Update
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi

SAMARAHAN— Kumpulan pertama penduduk Seberang Hilir di bandar raya Kuching akan berpindah ke rumah baharu mereka di penempatan pembangunan Darul Hana bermula 22 Ogos depan.


Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia membabitkan
hampir 337 Ketua Isi Keluarga (KIR) dari Kampung Panglima Seman Lama,  Kampung Semarang dan Lot Tambahan iaitu berdekatan dengan pasar raya Mydin.


"Mereka ini telah pun mencabut undi rumah masing-masing dua bulan lepas dan bersedia untuk berpindah ke rumah masing-masing,"katanya


Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menyampaikan kunci rumah, geran tanah dan pampasan perpindahan kepada KIR tersebut.


"Kemudahan asas elektrik dan air sudah dipasang, jadi mereka tidak perlu memohon untuk penyambungannya," katanya selepas Majlis Penangguhan Seminar Zakat di Dewan Pusat Islam Tun Ahmad Salahuddin (PITAS), Kampus Unimas, di sini, hari ini.


Beliau berkata kumpulan pertama KIR yang berpindah mulai 22 Ogos itu juga tidak ada diberikan sebarang tempoh bagi memasuki rumah baharu mereka.


"Kita akan menyediakan bantuan logistik untuk mereka berpindah secara perlahan tanha had waktu,”katanya.


Beliau menjelaskan ini kerana ada KIR akan payah berpindah kerana tiada waris dan perlu bantuan serta mungkin mengambil masa berpindah ke rumah baharu.


Dr Abdul Rahman berkata keseluruhannya seramai 2,600 keluarga dari 13 kampung kawasan Seberang Hilir iaitu dari Kampung Boyan hingga Kampung Bintawa akan
dipindahkan ke penempatan pembangunan Darul Hana dalam tempoh lapan hingga 10 tahun.


Katanya kumpulan kedua merangkumi penduduk Kampung Panglima Seman Ulu, Kampung Pulo Hilir, Kampung Pulo Hulu dan yang lain akan berpindah selepas rumah mereka dijangka siap satu atau dua tahun lagi.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.