Penubuhan Univesiti Pendidikan Islam Sarawak masih diibincang - Dr Abdul Rahman

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi

SAMARAHAN—Majlis Islam Sarawak (MIS) melalui biro pembangunan pendidikannya masih diperingkat perbincangan bagi menubuhkan universiti Islam di negeri ini.


Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata universiti itu dijangka dapat direalisasikan dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi.



"Belum lagi (dikenalpasti lokasi universiti). Di Telaga Ai itu bukan universiti Islam, yang di Telaga Ai  ialah Universiti i-Cats ( Universiti Kolej Teknologi Lanjutan Sarawak) diwujudkan di Kampung Trombol, "katanya Majlis Penangguhan Seminar Zakat di Dewan Pusat Islam Tun Ahmad Salahuddin (PITAS), Kampus Unimas, di sini, hari ini.


Dr Abdul Rahman menjelaskan universiti Islam terbabit diperlukan kerana pelajar tingkatan lima pendidikan Islam dari negeri ini terpaksa ke negeri lain atau luar negara bagi menyambung pelajaran mereka.


“Lebih baik jika kita ada institusi itu sendiri untuk membolehkan anak-anak tempatan belajar dalam negeri,” katanya.


Beliau berkata ini akan memudahkan pelajar terbabit menyambung pendidikan mereka selain meningkatkan kualiti pendidikan Islam di Sarawak.


Katanya ketika ini Sarawak ada pra sekolah dan tadika Islam, sekolah rendah dan menengah Islam, dan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMS).

Next Post Previous Post