Tanah runtuh di jalan Nanga Miaw
![]() |
Keadaan tanah runtuh di jalan Nanga Miaw, Katibas pagi tadi. Gambar kredit Bomba Sarawak |
SONG — Tanah runtuh berlaku di kawasan jalan utama Nanga Miaw, Katibas kira-kira 100 meter dari simpang Rumah Pillai, di sini pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song bersama H bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 9.39 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati runtuhan dari lereng bukit berhampiran jalan. Semasa pemantauan dibuat, tanah susur telah menutupi separuh dari jalan raya utama.
Tindakan pasukan bomba hanya memasang tali sawar-sawar pada kawasan yang terkena tanah susur,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Seterusnya tindakan pembersihan tanah yang susur di atas jalan raya dilakukan oleh pihak Jabatan Kerja Raya.
Setelah keadaan terkawal pasukan bomba balik ke balai. Turut berada di lokasi meninjau keadaan ialah dua anggota polis dan enam anggota Jabatan Kerja Raya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.