Staf syarikat penerbangan di Sibu rugi RM48,340 terpedaya iklan Toyota Fortuner di Facebook

Gambar hiasan

SIBU—Seorang kakitangan syarikat penerbangan di sini rugi RM48,340 akibat terpedaya dengan iklan jual beli sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Facebook baru-baru ini.


Mangsa berusia 25 tahun itu dikatakan tertarik apabila melihat iklan jual kereta SUV jenis Toyota Fortuner di laman Facebook.


Difahamkan, mangsa telah menghubungi ejen penjual kereta berkenaan dan telah berurusan dengan seorang wanita dengan panggilan "Miss Lee".


Namun, mangsa telah diminta untuk membuat beberapa kali bayaran bagi tujuan bayaran pendaftaran, bayaran cukai jalan dan bayaran perlepasan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Dikatakan mangsa telah membuat pembayaran berjumlah RM48,340 melibatkan lapan transaksi ke tiga akaun bank yang berbeza.


Bagaimanapun mangsa menyedari dirinya telah ditipu setelah diminta lagi untuk membuat pembayaran.


Berikutan itu, mangsa tampil membuat laporan polis.


Kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

Next Post Previous Post