Serpihan di Sepupok Niah dipercayai komponen ekzos roket

Serpihan, Taman Goodwill Sepupok, Ekzos, Roket kapal angkasa, Niah, Sarawak Update
Pasukan MOSTI berada di lokasi penemuan serpihan dipercayai komponen ekzos roket Long March 5B milik China yang jatuh di Taman Goodwill Sepupok, Niah Ahad lalu. Gambar Bomba

MIRI—Serpihan seberat 27 kilogram yang ditemui tertanam pada kedalaman satu meter di kawasan kediaman Taman Goodwill Sepupok, Niah pada awal pagi Ahad berkemungkinan ekzos dari sebuah roket kapal angkasa.


Namun, menurut Pegawai penyelidik Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) Sholehah Ismail, pihaknya masih menyiasat asal usul objek tersebut serta pemiliknya.



“Objek yang mempunyai ukuran lilitan atas 120 sentimeter (cm) dan 80cm lilitan pada bahagian bawah itu akan dibawa ke MOSTI Kuala Lumpur bagi kajian dan siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.


Objek tersebut yang menyerupai sebuah pasu bunga, telah berjaya digali keluar oleh pihak MOSTI dibantu oleh anggota Bomba Balai Batu Niah.



Sekitar 1 petang hari ini, beberapa pegawai penyelidik diketuai Sholehah dilihat tiba di Sepupok bagi menjalankan siasatan pada objek tersebut yang ditemui tertanam kira-kira 20 kaki dari kediaman seorang penduduk tempatan.



Pada Isnin, pihak MOSTI menerusi kenyataan media mengesahkan tiada sebarang unsur radioaktif dikesan pada objek tersebut yang disyaki serpihan roket Long March 5B milik China  yang jatuh dan ditemukan baru-baru ini.


Turut hadir hari ini di lokasi adalah Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.