Projek Hospital Pengajar, Pusat Kesihatan Prima UNIMAS berjalan lancar
![]() |
Pembinaan Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjalan lancar. |
SAMARAHAN—Projek pembinaan Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bernilai RM480 juta di sini berjalan lancar dan mendahului jadual.
Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, setakat ini peratusan siap projek Pusat Kesihatan Prima adalah sekitar 70 peratus manakala Hospital Pengajar 10 peratus, iaitu satu peratus melebihi sasaran yang ditetapkan.
“Projek ini mula dilaksanakan pada tahun lepas. Kita berharap ia dapat disiapkan mengikut jadual iaitu Pusat Kesihatan Premier siap pada Mei 2023 dan diikuti Hospital Pengajar Julai 2025.,” katanya selepas majlis pertukaran memorandum persefahaman (mou) UNIMAS dan Skillseed Sdn Bhd (Exploria) di Kampus UNIMAS di sini, hari ini.
Beliau berkata, hospital pengajar universiti ini akan pelajar dalam jurusan perubatan di Unimas dan kejururawatan di UNIMAS.
“Selain itu hospital pengajar ini dapat meningkatkan usaha penyelidikan UNIMAS dan Sarawak dalam bidang tertentu seperti penyakit berjangkit tropika.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.